P.U. (A) 74/2006
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM) 2006

BAHAGIAN III - PENGAJAR




Kaedah 27. Daftar Tauliah Mengajar

(1) Setiausaha hendaklah menyenggarakan suatu daftar orang yang telah diberikan tauliah mengajar, dan daftar itu hendaklah dikenali sebagai “Daftar Tauliah Mengajar”.

(2) Daftar Tauliah Mengajar hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
(3) Jika terdapat apa-apa perubahan dalam butir-butir Daftar Tauliah Mengajar sebagaimana yang dinyatakan dalam subkaedah (2), orang yang telah diberikan tauliah mengajar itu hendaklah, dalam tempoh empat belas hari selepas perubahan itu, memaklumkan kepada Setiausaha dan perubahan itu hendaklah dicatatkan dalam Daftar itu.

(4) Mana-mana orang boleh memeriksa Daftar itu semasa waktu pejabat tanpa apa-apa bayaran.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.