P.U. (A) 74/2006
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM) 2006

BAHAGIAN III - PENGAJAR




Kaedah 25. Tauliah mengajar

(1) Sesuatu tauliah mengajar hendaklah dikeluarkan oleh Jawatankuasa mengikut Borang 3 bagi warganegara dan Borang 4 bagi bukan warganegara selepas dibayar fi yang ditetapkan.

(2) Walau apa pun subkaedah (1), Jawatankuasa boleh membatalkan tauliah mengajar jika terdapat apa-apa pelanggaran syarat yang ditetapkan di bawah kaedah 26.

(3) Mana-mana orang yang memiliki tauliah mengajar hendaklah mengemukakan tauliahnya jika dikehendaki oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Majlis.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.