P.U. (A) 250/2002
PERINTAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA (PEMERLUASAN DAN UBAH SUAIAN AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993) 2002




Perintah 5. Pemberhentian pemakaian Enakmen dan peralihan

(1) Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 [Sel. En.2/1989] hendaklah terhenti terpakai bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.

(2) Mana-mana prosiding di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 [Sel. En.2/1989] di hadapan mana-mana mahkamah sebaik sebelum Perintah ini mula berkuat kuasa hendaklah diteruskan dan diselesaikan di bawah Enakmen itu dan bagi maksud prosiding itu Perintah ini hendaklah dianggap seolah-olah tidak dibuat.

Dibuat 21 Mei 2002
[JAWI/A/145; PN(PU2)609/II]
Dengan Titah Perintah

TAN SRI SAMSUDIN BIN OSMAN
Setiausaha Jemaah Menteri




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.