P.U. (A) 408/1993
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1993

BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIE




Kaedah 11. Permohonan.


(1) Mana-mana orang yang berhasrat untuk diterima sebagai Peguam Syarie hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan Borang A dalam Jadual kepada Kaedah-Kaedah ini.

(2) Tiap-tiap permohonan hendaklah dialamatkan kepada Pengerusi Jawatankuasa dengan melampirkan salinan dokumen-dokumen yang perlu dan hendaklah disertakan dengan fee permohonan sebanyak sepuluh ringgit.

(3) Pemohon hendaklah menyebabkan ditampalkan suatu salinan permohonannya di tiap-tiap Mahkamah di Wilayah-Wilayah Persekutuan bagi suatu tempoh selama satu bulan selepas permohonannya dihantarserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.