P.U. (A) 408/1993
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1993

BAHAGIAN I - PERMULAAN




Kaedah 2. Tafsiran.


Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

"Akta" ertinya Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993;

"Daftar" ertinya Daftar Peguam Syarie yang disebut dalam kaedah 14;

"Jawatankuasa" ertinya Jawatankuasa Peguam Syarie yang ditubuhkan di bawah kaedah 3;

"Ketua Pendakwa Syarie" ertinya pegawai yang dilantik sebagai yang sedemikian di bawah subseksyen 58(1) Akta;

"Mahkamah" atau "Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 40(1) dan (2) Akta;

"Mahkamah Rayuan Syariah" ertinya Mahkamah Rayuan Syariah bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 40(3) Akta;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) Akta;

"peguambela dan peguamcara" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166] ;

"Peguam Syarie" ertinya seorang berkelayakan yang diterima sebagai Peguam Syarie di bawah kaedah 13;

"peperiksaan Sijil Peguam Syarie" ertinya peperiksaan yang dijalankan oleh Jawatankuasa di bawah kaedah 7;

"Wilayah-Wilayah Persekutuan" ertinya Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.