P.U. (A) 74/2006 KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM) 2006
BAHAGIAN II - JAWATANKUASA PENGAWASAN PENGAJARAN AGAMA
Kaedah 14. Notis
Sekurang-kurangnya notis tujuh hari secara bertulis mengenai mana-mana mesyuarat hendaklah diberikan, tetapi Pengerusi boleh, jika dia berpendapat bahawa terdapat keperluan segera untuk memanggil sesuatu mesyuarat, mengarahkan supaya kehendak notis tujuh hari itu diketepikan.