P.U. (A) 74/2006 KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM) 2006
BAHAGIAN II - JAWATANKUASA PENGAWASAN PENGAJARAN AGAMA
Kaedah 5. Fungsi Jawatankuasa
Fungsi Jawatankuasa adalah—
(a) untuk menentukan apa-apa terma, syarat dan sekatan bagi pengeluaran sesuatu tauliah;
(b) untuk meluluskan dan mengeluarkan sesuatu tauliah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 25;
(c) untuk memberikan arahan dan mengeluarkan apa-apa larangan atau perintah kepada mana-mana pemegang tauliah;
(d) untuk menasihati dan mengesyorkan kepada Majlis berkenaan dengan perkara berhubung dengan sesuatu tauliah;
(e) untuk melaporkan dan meratifikasikan apa-apa tindakan yang sesuai yang akan diambil terhadap mana-mana pemegang tauliah oleh Majlis berhubung dengan pelakuan atau apa-apa pelanggaran yang dilakukan oleh pemegang tauliah;
(f) untuk menyediakan suatu laporan tahunan tidak lewat daripada 31 Mac tiap-tiap tahun; dan
(g) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada apa-apa fungsi Jawatankuasa di bawah Kaedah-Kaedah ini.