P.U. (A) 251/2002
PERINTAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
(PEMERLUASAN DAN UBAH SUAIAN AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-
WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997) 2002.




Perintah 5. Pemberhentian pemakaian Enakmen dan peralihan

(1) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [Sel. En. 9/1995] hendaklah terhenti terpakai bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.

(2) Mana-mana prosiding di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [Sel. En. 9/1995] yang wujud di hadapan mana-mana mahkamah sebaik sebelum Perintah ini mula berkuat kuasa hendaklah diteruskan dan diselesaikan di bawah Enakmen itu dan bagi maksud prosiding itu Perintah ini hendaklah dianggap seolah-olah tidak dibuat.


Dibuat 21 Mei 2002
[JAWI/A/145; PN(PU2)609/II]
Dengan Titah Perintah
TAN SRI SAMSUDIN BIN OSMAN
Setiausaha Jemaah Menteri



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.