P.U. (A) 250/2002 PERINTAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA (PEMERLUASAN DAN UBAH SUAIAN AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993) 2002
Perintah 4. Ubah suaian seksyen 2 Akta yang diperluas
Seksyen 2 Akta yang diperluas diubahsuaikan -
(a) dalam takrif "Enakmen" -
(i) dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan "dan" selepas koma bertitik;
(ii) dalam perenggan (b), dengan memasukkan perkataan "dan" selepas koma bertitik; dan
(iii) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
"(c) berhubung dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya, sebagaimana yang diperluas dan diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993) 2002[P.U. (A) 250/2002] yang dibuat menurut seksyen 7 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2001[Akta A1095];";
(b) dalam takrif "Wilayah-Wilayah Persekutuan", dengan menggantikan perkataan "Kuala Lumpur dan Labuan" dengan perkataan "Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan".