P.U. (A) 74/2006
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM) 2006

BAHAGIAN II - JAWATANKUASA PENGAWASAN PENGAJARAN AGAMA




Kaedah 8. Tempoh jawatan

(1) Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat pelantikannya, seseorang anggota Jawatankuasa hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun dari tarikh pelantikan dan layak untuk dilantik semula.

(2) Pelantikan semula anggota yang dilantik hendaklah dibuat dalam masa tiga bulan sebelum pelantikan anggota itu tamat.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.