P.U. (A) 247/2002
PERINTAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA (PEMERLUASAN DAN UBAH SUAIAN AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984) 2002




Perintah 2. Pemerluasan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya.

(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303], yang disebut "Akta yang diperluas" dalam Perintah ini dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, diperluas ke Wilayah Persekutuan Putrajaya.

(2) Perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta yang diperluas hendaklah berkuat kuasa dengan ubah suaian sebagaimana yang perlu untuk menyelaraskan perundangan subsidiari ini dengan peruntukan Akta itu sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.