Seseorang boleh diterima menjadi Peguam Syarie jika dia-
(a) (i) seorang Islam dan telah lulus peperiksaan akhir yang membawa kepada ijazah sarjana muda Syariah dari mana-mana universiti atau mana-mana institusi pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; atau
(ii) seorang Islam yang menjadi anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan; atau
(iii) seorang Islam yang menjadi peguambela atau peguamcara yang didaftarkan di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976; atau
(iv) telah berkhidmat sebagai Hakim Syarie atau Kathi dengan mana-mana Kerajaan Negeri di Malaysia selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun;
(b) telah mencapai umur dua puluh satu tahun;
(c) berkelakuan baik dan-
(i) tidak pernah disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas apa-apa kesalahan jenayah;
(ii) tidak pernah dihukum menjadi seorang bankrap;
(d) seorang Warganegara Malaysia; dan
(e) sebagai seorang peguambela dan peguamcara, telah lulus peperiksaan Sijil Peguam Syarie.