P.U. (A) 143/87
KAEDAH-KAEDAH PERBICARAAN HAL EHWAL SUAMI ISTERI 1987




Kaedah 5. Penyerahan permohonan.

(1) Sesuatu permohonan bolehlah diserahkan kepada mana-mana Mahkamah.

(2) Satu salinan surat Perakuan Nikah yang berkenaan hendaklah difailkan bersama dengan permohonan.

(3) Jika di dalam suatu Mahkamah sesuatu permohonan yang belum dibuang atau sebaliknya diselesaikan dengan perintah muktamad, suatu permohonan yang lain berhubung dengan perkahwinan yang sama tidak boleh diserahkan tanpa mendapat kebenaran Mahkamah atas permohonan yang dibuat dalam perbicaraan yang belum selesai itu.

(4) Permohonan hendaklah difailkan dalam pejabat Mahkamah dengan sebanyak salinan permohonan mengikut bilangan orang yang akan disampaikan permohonan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.