P.U. (A) 408/1993
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1993

BAHAGIAN IV - TATATERTIB




Kaedah 20. Rayuan terhadap perintah Jawatankuasa kepada Majlis.


Sesuatu rayuan terhadap mana-mana perintah yang dibuat oleh Jawatankuasa berkenaan dengan sesuatu permohonan atau aduan di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah dibuat kepada Majlis sama ada atas kehendak pemohon atau Peguam Syarie yang terhadapnya aduan itu dibuat dalam masa satu bulan dari tarikh Perintah itu dan keputusan Majlis adalah muktamad.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.