P.U. (A) 74/2006
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM) 2006

BAHAGIAN II - JAWATANKUASA PENGAWASAN PENGAJARAN AGAMA




Kaedah 17. Penzahiran kepentingan

(1) Mana-mana anggota Jawatankuasa yang mempunyai atau memperoleh kepentingan langsung atau tidak langsung dengan sendiri, berhubung dengan apa-apa perkara yang sedang ditimbang teliti oleh Jawatankuasa hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin selepas fakta yang berkaitan sampai kepada pengetahuannya, menzahirkan kepada Jawatankuasa hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu.

(2) Penzahiran di bawah subkaedah (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Jawatankuasa yang dalamnya perkara itu dibincangkan, dan selepas penzahiran itu, melainkan jika dibenarkan oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Jawatankuasa yang berhubungan dengan perkara itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.