P.U. (A) 408/1993
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1993

BAHAGIAN IV - TATATERTIB




Kaedah 22. Peguam Syarie boleh memohon supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar.


(1) Mana-mana Peguam Syarie boleh, tertakluk kepada kaedah ini, memohon kepada Jawatankuasa supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar.

(2) Tiap-tiap permohonan itu hendaklah disokong dengan suatu afidavit yang hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa tidak kurang daripada dua bulan sebelum permohonan itu didengar.

(3) Jawatankuasa boleh, jika difikirkannya perlu, menghendaki Peguam Syarie itu menyiarkan suatu notis permohonannya supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar mengikut apa-apa cara atau bentuk yang diarahkan oleh Jawatankuasa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.