P.U. (A) 18/2004
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL (SULH) (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2004




Kaedah 7. Laporan jika tiada penyelesaian

Jika tindakan itu tidak dapat diselesaikan dalam suatu Majlis Sulh, Pengerusi hendaklah melaporkan perkara itu kepada Mahkamah secara bertulis dan boleh melampirkan apa-apa catatan yang dibuat dalam Majlis Sulh kepada laporannya dan boleh membuat apa-apa syor yang difikirkannya patut.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.