P.U. (A) 18/2004
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL (SULH) (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2004




Kaedah 1. Nama, permulaan kuat kuasa dan ketidakpakaian

(1) Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2004.

(2) Kaedah-kaedah ini mula berkuat kuasa pada tarikh penyiarannya dalam Warta.

(3) Kaedah-kaedah ini tidak terpakai bagi sesuatu permohonan untuk mendapatkan perceraian di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303].



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.