P.U. (A) 18/2004
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL (SULH) (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2004




Kaedah 6. Penghakiman atas pengakuan atau persetujuan

Jika kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan tindakan itu, keseluruhannya atau sebahagiannya, Pengerusi hendaklah menyediakan suatu draf persetujuan dan mengemukakannya kepada pihak-pihak untuk disahkan dan ditandatangani oleh mereka dan, selepas itu, Pengerusi hendaklah menyampaikan draf persetujuan itu kepada Mahkamah untuk direkodkan sebagai suatu penghakiman atas pengakuan atau persetujuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen 131 Akta.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.