P.U. (A) 18/2004
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL (SULH) (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2004




Kaedah 5. Tatacara bagi sulh

(1) Sulh hendaklah diadakan dalam suatu majlis (kemudian daripada ini disebut “Majlis Sulh”) yang dihadiri oleh pihak-pihak kepada tindakan itu.

(2) Sesuatu Majlis Sulh hendaklah dipengerusikan oleh Pendaftar atau mana-mana pegawai awam yang dilantik oleh Ketua Hakim Syarie bagi maksud itu.

(3) Dalam sesuatu Majlis Sulh, tiap-tiap pihak hendaklah hadir sendiri dan tiada Peguam Syarie boleh hadir atau bertindak sebagai yang sedemikian bagi mana-mana pihak dan tiada pihak boleh diwakili oleh mana-mana orang tanpa kebenaran Pengerusi.

(4) Pengerusi hendaklah, jika mungkin, membantu pihak-pihak untuk menyelesaikan pertikaian berkenaan dengan hak perkara sulh itu dan hendaklah memberi setiap pihak peluang untuk didengar.

(5) Dalam sesuatu Majlis Sulh, Pengerusi boleh mengambil keterangan daripada pihak-pihak itu, menerima apa-apa dokumen yang dikemukakan dan boleh, jika difikirkannya perlu, menangguhkan Majlis Sulh itu dari semasa ke semasa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.