P.U. (A) 258/2011
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(KOS DAN ELAUN) (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2011




JADUAL PERTAMA
JADUAL PERTAMA

















BAHAGIAN IX
AM

Kos menurut budi bicara

1. (1) Jika dalam peruntukan terdahulu Jadual ini terdapat perkataan “Menurut budi bicara”, amaun kos yang dibenarkan berkenaan dengan butiran itu hendaklah (tertakluk kepada apa-apa perintah Mahkamah yang menentukan kos yang hendak dibenarkan) mengikut budi bicara Hakim atau Pendaftar.

(2) Dalam menjalankan budi bicaranya di bawah perenggan ini, Hakim atau Pendaftar hendaklah memberi perhatian kepada semua hal keadaan yang berkaitan, dan khususnya kepada—
Kehadiran dalam Kamar

2. (1) Peruntukan dalam perenggan ini terpakai berhubung dengan tiap-tiap pendengaran dalam Kamar.

(2) Dalam suatu penetapan kos, hanya kos yang telah dibenarkan oleh Mahkamah ditentukan pada pendengaran sahaja dan dalam penentuan kos itu, Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara yang disebut dalam perenggan 1(2) Bahagian ini.

(3) Jika pada mana-mana pendengaran yang disebut terdahulu, Mahkamah memperakukan bahawa penyelesaian prosiding yang segera dan memuaskan dikehendaki dan diterima daripada peguam syarie yang terlibat dalam prosiding itu yang mempunyai kemahiran istimewa dan tenaga dalam penyediaan untuk pendengaran, Hakim atau Pendaftar dalam menetapkan kos hendaklah mengambil kira perakuan itu.

Kehadiran di hadapan Pendaftar

3. Atas apa-apa kehadiran di hadapan Hakim atau Pendaftar bagi maksud menyelesaikan terma-terma dan memberi apa-apa perintah atau penghakiman, jika ternyata kepada Hakim atau Pendaftar bahawa kehadiran itu adalah suatu keadaan yang khas atau kepanjangan atau kesukaran yang luar biasa, Hakim atau Pendaftar boleh, jika diminta berbuat demikian oleh mana-mana pihak, mengeluarkan suatu perakuan bagi maksud itu, dan Hakim atau Pendaftar dalam menetapkan kos yang hendak dibenarkan bagi kehadiran itu hendaklah mengambil kira perakuan itu.

Salinan dokumen

4. (1) Maka hendaklah dibenarkan bagi pencetakan salinan apa-apa dokumen amaun yang sepatutnya dibayar kepada pencetak, dan jika mana-mana bahagian daripada sesuatu dokumen dicetak dengan sepatutnya dalam suatu bahasa asing atau sebagai suatu faksimile atau mengikut apa-apa cara yang luar biasa atau khas, atau jika apa-apa perubahan menjadi perlu selepas pruf pertama bagi dokumen itu, maka hendaklah dibenarkan suatu amaun sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Hakim atau Pendaftar, dan amaun itu hendaklah termasuk apa-apa kehadiran di hadapan pencetak.

(2) Peguam syarie bagi pihak yang berhak mengambil salinan bercetak apa-apa dokumen hendaklah dibenarkan amaun yang dibayarnya bagi sekian bilangan salinan sebagaimana yang diperlukan atau sepatutnya diambil olehnya.

(3) Elaun bagi salinan bercetak bagi dokumen di bawah butiran 48 Jadual ini hendaklah dibuat sebagai tambahan kepada elaun-elaun di bawah peruntukan terdahulu perenggan ini, dan hendaklah, tertakluk kepada subperenggan (4), dibuat bagi apa-apa salinan bercetak sebagaimana yang perlu atau patut bagi—

(4) Elaun di bawah butiran 48 Jadual ini tidaklah boleh dibuat berhubung dengan salinan bercetak dokumen untuk kegunaan Mahkamah atau peguam syarie jika salinan bertulis telah dibuat sebelum pencetakan, dan tidaklah boleh dibuat lebih daripada sekali dalam kausa atau perkara yang sama.

(5) Elaun di bawah Jadual ini untuk menyediakan apa-apa pliding, saman, afidavit atau dokumen lain hendaklah dikira sebagai termasuk elaun untuk menyediakan apa-apa salinan perlu yang dibuat untuk kegunaan peguam syarie dan kliennya atau, dalam hal suatu pliding atau saman, untuk penyampaian.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.