AKTA 561 AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN BAB 3 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Seksyen 54. Pembuktian tandatangan dan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menandatangani atau menulis dokumen yang dikemukakan.
Jika sesuatu dokumen dikatakan telah ditandatangani atau telah ditulis keseluruhannya atau sebahagiannya oleh mana-mana orang, maka tandatangan atau tulisan tangan mengenai sekian banyak daripada dokumen itu yang dikatakan sebagai tulisan tangan orang itu hendaklah dibuktikan sebagai dalam tulisan tangannya.