AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 - PELAKSANAAN




Seksyen 174. Penjualan.

Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, segala penjualan hendaklah melalui pelelongan awam pada waktu pejabat dan notis dalam Borang MS 41 tentang tarikh, waktu dan tempat penjualan yang dicadangkan itu hendaklah ditampalkan di Papan Notis Mahkamah dan ditempat penjualan yang dicadangkan itu tidak kurang daripada tujuh hari sebelum penjualan itu.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.