AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN XV - PENDENGARAN




Seksyen 119. Pendengaran di dalam Mahkamah.

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, semua prosiding yang dimulakan dengan saman hendaklah didengar dan diputuskan di dalam Mahkamah terbuka dan semua prosiding yang dimulakan dengan permohonan hendaklah didengar dan diputuskan di dalam Kamar.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.