AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA




Seksyen 16. Kuasa untuk menyita senjata berbahaya.

Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang lain yang membuat apa-apa penangkapan di bawah Akta ini boleh mengambil daripada orang yang ditangkap itu apa-apa senjata berbahaya yang ada padanya dan hendaklah menyerahkan segala senjata yang diambil sedemikian kepada polis.




Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.