AKTA 560 AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN BAB 3 - DARIHAL PERTUDUHAN
Seksyen 87. Memanggil semula saksi apabila pertuduhan dipinda atau ditambah.
Bilamana sesuatu pertuduhan dipinda atau ditambah oleh Mahkamah selepas perbicaraan bermula, Pendakwa dan tertuduh hendaklah dibenarkan memanggil semula atau menyaman semula dan memeriksa, dengan merujuk kepada pindaan atau penambahan itu, mana-mana saksi yang telah diperiksa, dan boleh juga memanggil apa-apa keterangan selanjutnya yang mungkin material.