AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH




Seksyen 156. Tatacara jika perayu di dalam penjara.

(1) Jika perayu berada di dalam penjara, dia hendaklah disifatkan telah mematuhi kehendak seksyen 153 dan 155 jika dalam masa yang ditetapkan oleh seksyen-seksyen itu dia memberi pegawai yang menjaga penjara itu notis rayuan sama ada secara lisan atau bertulis dan butir-butir yang dikehendaki dimasukkan dalam petisyen rayuan.

(2) Pegawai penjara itu hendaklah dengan segera menghantar notis dan petisyen itu atau yang berupa sebagai notis dan petisyen itu kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di tempat keputusan yang dirayukan itu telah diberikan.





Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.