AKTA 560 AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN BAB 2 - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA
Seksyen 14. Tidak boleh dikenakan sekatan yang tak perlu dan cara memeriksa seseorang.
(1) Orang yang ditangkap tidaklah boleh dikenakan sekatan lebih daripada yang perlu bagi mencegahnya melarikan diri.
(2) Bilamana perlu untuk menyebabkan seseorang itu diperiksa, pemeriksaan itu hendaklah dibuat oleh seorang yang sama jantinanya dengan orang yang diperiksa itu dengan memberikan perhatian tegas tentang kesopanan.