AKTA 561 AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN I - KERELEVANAN BAB 2 - QARINAH Am
Seksyen 13. Fakta yang menjadi qarinah apabila hak atau 'urf dipersoalkan.
Jika soalnya ialah tentang kewujudan apa-apa hak atau 'urf, maka fakta yang berikut ialah qarinah:
(a) apa-apa transaksi yang dengannya hak atau 'urf yang dipersoalkan itu telah diwujudkan, dituntut, diubahsuaikan, diiktirafkan, ditegaskan atau dinafikan atau yang tak konsisten dengan kewujudan hak atau 'urf itu;
(b) hal-hal tertentu yang dalamnya hak atau 'urf itu telah dituntut, diiktirafkan atau digunakan atau yang dalamnya penggunaan hak atau 'urf itu telah dipertikaikan, ditegaskan atau tidak diikuti.