AKTA 303 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN Permulaan kepada Perkahwinan
Seksyen 19. Kebenaran perlu sebelum akad nikah
Tiada suatu perkahwinan boleh diakadnikahkan melainkan suatu kebenaran berkahwin telah diberi—
(a) oleh Pendaftar di bawah seksyen 17 atau oleh Hakim Syarie di bawah seksyen 18, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan; atau
(b) oleh pihak berkuasa yang sepatutnya bagi sesuatu Negeri, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin di Negeri itu.