AKTA 585 AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM BAB 2 - PERINTAH INTERIM
Seksyen 207. Membenarkan pendapatan daripada harta yang menjadi hal perkara prosiding.
Jika apa-apa harta alih atau harta tak alih menjadi hal perkara mana-mana prosiding, dan Mahkamah berpuas hati bahawa harta itu lebih daripada mencukupi untuk menjawab segala tuntutan mengenainya yang baginya peruntukan patut dibuat dalam prosiding itu, Mahkamah boleh pada bila-bila masa membenarkan keseluruhan atau sebahagian pendapatan daripada harta itu dibayar, selama apa-apa tempoh yang diarahkan olehnya kepada mana-mana atau kesemua pihak yang mempunyai kepentingan dalamnya atau boleh mengarahkan supaya mana-mana bahagian harta alih itu dipindahmilikkan atau dihantarserahkan kepada mana-mana atau kesemua pihak itu.