AKTA 303 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984
BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN
Seksyen 79. Tempoh perintah bagi nafkah anak
Kecuali—
(a) jika sesuatu perintah mengenai nafkah seseorang anak dinyatakan sebagai selama tempoh yang lebih singkat; atau
(b) jika sesuatu perintah itu telah dibatalkan; atau
(c) jika sesuatuperintah itu dibuat untuk—
(i) seseorang anak perempuan yang belum berkahwin atau yang, oleh sebab sesuatu hilang upaya dari segi mental atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya;
(ii) seorang anak lelaki yang, oleh sebab sesuatu hilang upaya dari segi mental atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya,
perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur lapan belas tahun, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan oleh anak itu atau oleh seseorang lain, melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya munasabah, bagi membolehkan anak itu mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi.