AKTA 560 AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN BAB 5 - PERUNTUKAN TENTANG BON
Seksyen 199. Tatacara mengenai pelucuthakan bon.
[Pin. Akta A1252:s.2]
(1) Bilamana -
(a) dibuktikan sehingga Mahkamah yang daripadanya suatu bon di bawah Akta ini telah diambil berpuas hati; atau
(b) jika bon itu adalah bagi kehadiran di Mahkamah, dibuktikan sehingga Mahkamah itu berpuas hati,
bahawa bon telah terlucuthak, Mahkamah itu hendaklah merekodkan alasan pembuktian itu dan boleh meminta mana-mana orang yang terikat dengan bon itu supaya membayar penaltinya atau menunjukkan sebab mengapa penalti itu tidak patut dibayar.
(2) Jika sebab yang mencukupi tidak ditunjukkan atau penalti itu tidak dibayar, orang yang terikat sedemikian boleh, dengan perintah Mahkamah yang mengeluarkan waran itu, dipenjarakan di dalam penjara sivil selama suatu tempoh yang boleh sampai enam bulan.
(3) Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, meremitkan mana-mana bahagian penalti yang disebut itu, dan menguatkuasakan pembayaran sebahagiannya sahaja.
(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menghalang penalti, atau mana-mana bahagiannya, mana-mana bon di bawah Akta ini didapatkan di bawah peruntukan undang-undang yang berhubungan dengan tatacara sivil yang sedang berkuatkuasa.