AKTA 561 AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN I - KERELEVANAN BAB 2 - QARINAH Am
Seksyen 11. Bila fakta menjadi qarinah.
Fakta menjadi qarinah -
(a) jika ia tak konsisten dengan mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan;
(b) jika dengan sendirinya atau berkaitan dengan fakta lain, ia menjadikan kewujudan atau ketakwujudan mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan amat barangkali atau amat tak barangkali.
MISALAN
(a) Soalnya ialah sama ada A melakukan suatu jenayah di Kuala Kumpur pada suatu hari tertentu.
Fakta bahawa pada hari itu A berada di Ipoh ialah qarinah.
Fakta bahawa hampir dengan masa berlakunya jenayah itu A berada jauh dari tempat di mana jenayah itu dilakukan, yang menjadikannya amat tak barangkali, walaupun tak mustahil, bahawa dia telah melakukan jenayah itu, ialah qarinah.
(b) Soalnya ialah sama ada A telah melakukan suatu jenayah.
Hal keadaannya sebegitu rupa sehingga menunjukkan bahawa jenayah itu pasti telah dilakukan sama ada oleh A, B, C, atau D. Tiap-tiap fakta yang menunjukkan bahawa jenayah itu tak mungkin telah dilakukan oleh seseorang lain dan bahawa ia tidak dilakukan sama ada oleh B, C atau D ialah qarinah.