AKTA 585 AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
BAHAGIAN XV - PENDENGARAN
Seksyen 120. Kehadiran.
(1) Mana-mana pihak boleh hadir sendiri atau melalui Peguam Syarienya, tetapi tiap-tiap pihak hendaklah hadir pada pendengaran itu kecuali jika dibenarkan selainnya oleh Mahkamah.
(2) Seseorang yang tak berkeupayaan hendaklah hadir melalui penjaga ad litemnya.