AKTA 560 AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
Nota: Pemberhentian pemakaian Enakmen dan peralihan.
(1) Enakmen Kanun Prosedur Jenayah Syariah 1991 [Sel. En. 6/1991] hendaklah terhenti terpakai bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.
(2) Mana-mana prosiding di bawah Enakmen Kanun Prosedur Jenayah Syariah 1991 [Sel. En. 6/1991] yang wujud di hadapan mana-mana mahkamah sebaik sebelum Perintah ini mula berkuat kuasa, hendaklah diteruskan dan diselesaikan di bawah Enakmen itu dan bagi maksud prosiding itu Perintah ini hendaklah dianggap seolah-olah tidak dibuat.