AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - DARIHAL PERTUDUHAN




Seksyen 92. Bila seseorang yang dipertuduh atas satu kesalahan boleh disabitkan atas kesalahan lain

Jika, dalam hal yang disebut dalam seksyen 91, tertuduh dipertuduh atas satu kesalahan dan daripada keterangan didapati bahawa dia telah melakukan suatu kesalahan lain yang baginya dia mungkin boleh dipertuduh, dia boleh disabitkan atas kesalahan yang dibuktikan telah dilakukan olehnya walaupun dia tidak dipertuduh atas kesalahan itu.




Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.