AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN XXIV - PENGHINAAN MAHKAMAH




Seksyen 231. Prosiding tanpa kebenaran.

Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan atau mengambil apa-apa prosiding atas nama atau bagi pihak orang lain dengan mengetahui bahawa dia tidak dibenarkan dengan sahnya oleh orang itu melakukan kesalahan menghina Mahkamah.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.