AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN




Seksyen 67. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perjanjian nafkah

Tertakluk kepada seksyen 63, Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah syarat-syarat apa-apa perjanjian tentang nafkah yang dibuat antara suami dan isteri, sama ada dibuat sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, jika Mahkamah berpuas hati bahawa apa-apa perubahan material telah berlaku tentang hal keadaan, walau apa pun peruntukan yang berlawanan dalam perjanjian itu.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.