AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Am




Seksyen 10. Apa-apa yang dikatakan atau dilakukan oleh pengkomplot berkenaan dengan rancangan bersama.

Jika terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dua orang atau lebih telah berkomplot bersama-sama untuk melakukan suatu kesalahan atau suatu perbuatan salah boleh dakwa, maka apa-apa jua yang dikatakan, dilakukan atau ditulis oleh salah seorang daripada mereka, berkenaan dengan niat bersama mereka selepas niat itu mula-mula difikirkan oleh salah seorang daripada mereka, ialah qarinah terhadap setiap orang yang dipercayai berkomplot sedemikian, serta juga bagi maksud membuktikan kewujudan komplot itu dan bagi maksud menunjukkan bahawa mana-mana orang sedemikian telah menjadi pihak kepadanya.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.