AKTA 561 AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN I - KERELEVANAN BAB 2 - QARINAH Bila Pendapat Orang ketiga menjadi Qarinah.
Seksyen 38. Bila pendapat mengenai hubungan ialah qarinah.
Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang hubungan seseorang dengan seseorang yang lain, maka pendapat yang dilahirkan melalui kelakuan tentang kewujudan hubungan itu oleh mana-mana orang yang, sebagai anggota keluarga itu atau selainnya, mempunyai cara yang khas bagi mengetahui perkara itu ialah qarinah.
MISALAN
(a) Soalnya ialah sama ada A dan B telah berkahwin.
Fakta bahawa mereka biasanya diterima dan diperlakukan oleh sahabat mereka sebagai suami isteri ialah qarinah.
(b) Soalnya ialah sama ada A ialah anak B yang sah taraf.
Fakta bahawa A sentiasa diperlakukan sedemikian oleh anggota keluarganya ialah qarinah.