AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

BAHAGIAN VII - JAGAAN
Jagaan ke atas Orang dan Harta




Seksyen 91. Pelantikan ibu sebagai penjaga melalui wasiat

Seseorang ibu, sama ada seorang Islam atau seorang Kitabiyah, boleh dilantik dengan sah menjadi wasi bagi bapa, dan dalam hal yang demikian ibu itu boleh menjalankan kuasanya sebagai penjaga melalui wasiat atau, jika tidak ada seorang penjaga di sisi undang-undang dia boleh dilantik sebagai penjaga di sisi undang-undang oleh Mahkamah, tetapi jika dia tidak dilantik sebagai demikian maka dia tidak boleh membuat apa-apa urusan mengenai harta kanak-kanak itu.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.