AKTA 505
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993

BAHAGIAN V - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN




Seksyen 59. Peguam Syarie.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Majlis boleh menerima mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie bagi mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di dalam Mahkamah Syariah.

(2) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat kaedah-kaedah--
(3) Walau apa pun subseksyen (1), Majlis boleh mengecualikan mana-mana anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan atau mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] daripada peruntukan seksyen ini.

(4) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, tiada seorang pun selain daripada Peguam Syarie atau orang yang dikecualikan di bawah subseksyen (3) berhak hadir di dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapannya.
[Gan. Akta A931: s.4]


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.