AKTA 561 AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN I - KERELEVANAN BAB 2 - QARINAH Am
Seksyen 14. Fakta yang menunjukkan kewujudan keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh ialah qarinah.
Fakta yang menunjukkan kewujudan apa-apa keadaan akal fikiran, seperti niat, pengetahuan, kesucian hati, kecuaian, kegopohan, niat jahat atau niat baik terhadap mana-mana orang tertentu, atau yang menunjukkan kewujudan apa-apa keadaan tubuh atau perasaan tubuh, ialah qarinah apabila kewujudan apa-apa keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh itu menjadi persolan atau relevan.
Huraian 1-Sesuatu fakta yang relevan sebagai menunjukkan kewujudan suatu keadaan akal fikiran yang relevan mestilah menunjukkan bahawa keadaan akal fikiran itu wujud bukan pada amnya tetapi berhubungan dengan perkara tertentu yang dipersoalkan.
Huraian 2-Jika dalam perbicaraan seseorang yang dituduh atas suatu kesalahan, suatu kesalahan yang dilakukan dahulu olehnya ialah qarinah dalam pengertian seksyen ini, maka sabitannya yang dahulu itu hendaklah juga menjadi qarinah.
MISALAN
(a) Soalnya ialah sama ada A bersalah kerana melakukan penganiayaan terhadap isterinya B.
Pencurahan perasaan mereka terhadap satu sama lain yang sejurus sebelum atau selepas penganiayaan yang dikatakan itu ialah qarinah.
(b) Adibicarakan kerana suatu jenayah.
Fakta bahawa dia telah mengatakan sesuatu yang menunjukkan niat hendak melakukan jenayah tertentu itu ialah qarinah.
Fakta bahawa dia telah mengatakan sesuatu yang menunjukkan kecenderungan am hendak melakukan jenayah jenis itu bukanlah qarinah.