AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 3 - KETERANGAN DOKUMENTAR




Seksyen 50. Keterangan sekunder.


Keterangan sekunder termasuklah -
MISALAN

(a) Fotograf dokumen asal ialah keterangan sekunder mengenai kandungannya, walaupun fotograf dan dokumen asal itu tidak dibandingkan, jika dibuktikan bahawa benda yang telah difotograf itu ialah dokumen asal.

(b) Salinan yang telah dibandingkan dengan salinan surat yang dibuat dengan mesin penyalin ialah keterangan sekunder mengenai kandungan surat itu jika dibuktikan bahawa salinan yang dibuat dengan mesin penyalin itu telah dibuat daripada dokumen asal.

(c) Salinan yang disalin daripada suatu salinan tetapi kemudiannya dibandingkan dengan dokumen asal ialah keterangan sekunder, tetapi salinan yang tidak dibandingkan sedemikian itu bukanlah keterangan sekunder mengenai dokumen asal, walaupun salinan yang daripadanya ia disalin telah dibandingkan dengan dokumen asal.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.