AKTA 561 AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN BAB 3 - KETERANGAN DOKUMENTAR Dokumen Awam.
Seksyen 60. Pembuktian dokumen rasmi dengan pengemukaan salinan diperakui.
Salinan yang diperakui mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 59 boleh dikemukan bagi membuktikan kandungan dokumen awam atau bahagian dokumen awam itu yang ia berupa sebagai salinannya.