AKTA 561 AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 118. Kuasa Hakim untuk mengemukakan soalan atau memerintahkan pengemukaan.
Hakim boleh, untuk mengetahui atau mendapatkan bukti wajar mengenai fakta relevan, menanyakan apa-apa soalan yang dihasratinya, dalam apa-apa bentuk, pada bila-bila masa, kepada mana-mana saksi atau pihak, mengenai apa-apa fakta sama ada relevan atau tak relevan; dan boleh memerintahkan supaya dikemukakan apa-apa dokumen atau benda; dan mana-mana pihak atau ejen mereka tidak berhak membuat apa-apa bantahan terhadap mana-mana soalan atau perintah sedemikian, atau, tanpa kebenaran Mahkamah, memeriksa balas mana-mana saksi atas apa-apa jawapan yang diberikan dalam menjawab mana-mana soalan itu:
Dengan syarat bahawa penghakiman itu mestilah berasaskan fakta yang ditetapkan oleh Akta ini sebagai qarinah dan dibuktikan dengan sewajarnya.