AKTA 585 AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
BAHAGIAN XXV - PELBAGAI
Seksyen 232. Bahasa.
(1) Melainkan jika diarahkan selainnya oleh Ketua Hakim Syarie, bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam prosiding di Mahkamah.
(2) Apa-apa dokumen yang dikehendaki untuk digunakan menurut Akta ini hendaklah dalam bahasa kebangsaan, dan dokumen dalam mana-mana bahasa lain hendaklah disertakan dengan terjemahannya dalam bahasa kebangsaan.