AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 6 - DARIHAL CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN DALAM PERBICARAAN




Seksyen 115. Menterjemahkan keterangan kepada tertuduh.

(1) Bilamana apa-apa keterangan diberikan dalam bahasa atau isyarat yang tidak difahami oleh tertuduh, dan dia hadir sendiri, keterangan itu hendaklah diterjemahkan kepadanya di dalam Mahkamah terbuka dalam bahasa yang difahaminya.

(2) Apabila dokumen-dokumen dikemukakan bagi maksud pembuktian formal, maka hendaklah terpulang kepada budi bicara Mahkamah untuk mentafsirkannya setakat yang difikirkan perlu.





Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.