AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH




Seksyen 144. Ketakhadiran responden.

Jika, pada pendengaran rayuan itu, responden tidak hadir, Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah dalam perkara rayuan itu yang bertentangan atau yang memudaratkan responden, tetapi hendaklah menangguhkan pendengaran rayuan itu ke suatu hari pada masa hadapan bagi kehadirannya, dan hendaklah mengeluarkan notis yang diperlukan kepadanya untuk disampaikan melalui Pendaftar.




Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.